Sabtu, 20 Oktober 2012

Latihan Kata Hubung


Pilih jawapan yang betul.

1.      Imah membeli beberapa kuntum bunga tulip _______ sebuah pasu untuk menghias ruang tamu rumahnya.
A.      atau
B.      dan
C.      kerana
D.     sambil

2.      Pembantu rumah Dato’ Amirul pulang ke kampungnya  ________________ ibunya sakit tenat.
A.      dan
B.      atau
C.      tetapi
D.     kerana

3.      Saya tidak pasti sama ada ayah akan pulang petang ini ______________ esok pagi.
A.      atau
B.      tetapi
C.      kerana
D.     sambil

4.      Kamariah sedang memandu kereta  ________________ menyanyi .
A.      dan
B.      atau
C.      sambil
D.     kerana

5.      Walaupun Cikgu Marina sangat tegas, _______________  sebenarnya dia seorang guru yang  penyayang.
A.      tetapi
B.      sambil
C.      kerana
D.     kecuali

6.      Semua ahli keluarga Farhana memakai cermin mata ______________ kakaknya.
A.      sambil
B.      tetapi
C.      kecuali
D.     kerana

2 ulasan:

  1. Salam! cikgu ena jawapannya telah saya email kepada cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih IsmailDotCom. Emel telah diterima dan disemak.

      Padam

Kartun Malaysia

Loading...