Ahad, 14 Oktober 2012

Kata-Kata Pujangga


Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.


Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.



Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.



Untuk mengubah keadaan, lebih baik kita mengubah diri kita sendiri kerana kita tidak mampu mengubah orang lain.



Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.



Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.



Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap menjadi sejuta maksud.



Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.



Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.



Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.



Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

7 ulasan:

  1. Teruskan usaha anda. Selamat berjaya.

    BalasPadam
  2. madah pujangga yang memberikan mesej tersendiri... nice sharing...

    BalasPadam
  3. Wah boleh tiru madah pujangga ini...heheeee

    BalasPadam
  4. Indah madah pujanganya cikgu Harlena. Teruskan perkongsian yang sebegini.

    BalasPadam

Kartun Malaysia

Loading...