1. Penjodoh bilangan digunakan di depan kata nama untuk menguatkan aspek
bilangan.
2. Terdapat juga penjodoh bilangan yang
disertai dengan kata bilangan.
3. Penjodoh bilangan berfungsi untuk
menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal, perkara, dan manusia.
Penjodoh
Bilangan
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
biji
|
Benda
kecil, bulat,seakan-akan bulat , buah-buahan,dan sayur berbentuk bulat .
Contoh:
labu, belon,manggis,gelas, guli,cawan.
|
Saya
makan dua biji manggis petang tadi.
|
buah
|
Benda padu
yang bentuk atau jenisnya tidak tentu besarnya .
Contoh
: meja, rumah, kereta, komputer, negeri, negara, kamera, bangku, mesin
pencetak.
|
Encik
Amin memiliki dua buah komputer di rumahnya.
|
buku
|
Benda
yang keadaannya berketul, berbongkah.
Contoh
: benang, keju, roti, sabun.
|
Ibu
membeli tiga buku benang kuning untuk menjahit langsir tempahan.
|
bungkus
|
Benda
yang dalam keadaan berbungkus .
Contoh
: roti, nasi lemak, mi goreng, biskut.
|
Hadi
makan sebungkus nasi lemak di kantin.
|
ekor
|
Semua
jenis binatang.
Contoh
: kambing, rusa, kucing
|
Cikgu
Sulaiman memelihara dua ekor kucing Parsi.
|
helai
|
Benda
nipis, lembut, serta lebar .
Contoh
: kertas, baju kain, sejadah dan tuala,seluar.
|
Encik
Amri membawa beberapa helai pakaian semasa bertugas di
luar daerah.
|
keping
|
Benda
yang rata, nipis, pipih, lebar, serta leper.
Contoh
: roti, gambar, papan, poskad, biskut, marmar.
|
Pekerja
itu sedang mengangkat beberapa keping papan.
|
kuntum
|
Untuk
bunga.
|
Pemuda
itu menghadiahkan lima kuntum bunga kepada tunangnya.
|
orang
|
Untuk
manusia.
Contoh
: murid, nenek, pengemis
|
Seorang
posmen terlibat dalam kemalangan jalan raya.
|
.
Perkongsian maklumat yang sangat berguna cikgu ena...terima kasih
BalasPadamSama-sama IsmailDotCom.
Padam